Tuesday, September 25, 2012

fix your bike

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
    
 
  
   
   
   

Tuesday, September 11, 2012

terbang bak merpati putih..

''bos, hari ni sy mau berhenti kerja,  penat'' damn! apa yang aku fikirkan hari ini? niat 2tahun lalu mau berhenti kerja aku ungkapkan hari ini, itu pun melalui pesanan ringkas, lepas tu aku off hp mls mau baca apa bos aku reply, tapi aku syak ''kenapa?''... bila aku fikirkan balik bangang juga aku ni, masih ada hutang kereta 7tahun tiap bulan kena byar, arhh! aku stress gila.. sekarang aku perlu cari kerja untuk cover bulanan kereta ja, mau kerja 7e pun ok.. entalah.. bila aku fikirkan masa depan, apalah aku akan bagi anak bini aku makan? tapi bila aku fikirkan balik? aku akan kawin ka? kalau aku tidak akn kawin rasanya tidak ada masalah kerja sekadar cukup2.. baru beberapa org aku bg tau yg aku berhenti, sudah gila kentang mau memaki ''kenapa ko berhenti? bagus2 sudah kerja ko tu!'' oh ya?! mungkin korang boleh cakap  ''setiap kerja mesti ada tekanan'' tapi yang ini aku pendam 2tahun beb.. aku perlukan ruang, korang boleh cakap aku tiada telur atau pemalas, atau aku terikut2 komis karya zine ttg kebebasan, tp aku bukannya bengang sangat, aku tau yang aku ni bukannya berwawasan pun, pengalaman pun setakat itu ja, biarlah kali ini aku ikut kata hati aku yg paling dalam.. kalau memang takdir, rezeki ada dimana-mana..

Saturday, August 25, 2012

mari menari dan lupakan semua keresahan..

melepaskan semua ketidak puasan hati dengan melompat,menjerit dan bernyanyi bersama ... semua orang happy! sama-sama happy.

Thursday, August 23, 2012

tumpang lalu sahaja

sy sudah berharap kalau semua ini berjalan seperti biasa, seperti orang-orang lain, 4tahun, ya 4tahun tidak pernah ada sebegini, sekarang sudah ada, tapi sekejap saja, baru sy tau mcm mana orang boleh cipta lirik lagu yang merepek,.. merepek sehingga orang memaki hamun tinggi melangit dan kau tidak peduli langsung, masih duduk di kerusi yang betuknya agak segitiga, sambil hisap rokok, ketawa sendiri didepan benda canggih tanpa papankekunci yang screennya hanya main sentuh.. perhh,, sakitnya hati ini. mcm mana kau boleh ada hati yang begitu keras sekali??

Sunday, June 10, 2012

praktikaliti

hallo, entah sudah berapa lama aku tidak masuk laman yg tidak penting ni. hari ni aku baru ingat kalau aku ada laman yang tidak akan menguntungkan masa depan anak aku kelak. entah aku akan kawin atau tidak, em entalah.. sekarang aku sangat terhimpit dengan wang, sebenarnya tidak lah terhimpit sangat, cuma bila keperluan mencapai tahap koleksi, sebesar mana pun pendapatan seseorang setiap bulan, tidak akan pernah cukup sebagai seorang manusia, contohnya aku sudah punya kereta, kereta adalah keperluan, akan tetapi bila sudah mancapai koleksi, tidak kira pelan-pelan atau secara mengejut ia akan mengikis dompet aku,''walaupun aku tidak pernah pakai dompet.'', apa lagi manusia mls menabung mcm aku ni.. whoa.. bulan ni aku sudah tekad mahu simpan beberapa keping wang kertas color bla2, dan hasrat itu baru saja berkecai bila kakak aku hulurkan bila elektrik dengan jumlah tidak kusangka2.. tetapi sebagai manusia yg bertanggungjawab dan lupakan hal-hal di depan, besok akan aku bayar.. soal hasrat itu, mungkin tukar bulan bulan depan, fffuu.. pengurusan wang aku lebih selesa waktu belum ada keperluan dan koleksi melampau... :8/

Wednesday, March 28, 2012

Search