Saturday, July 16, 2011

sebelum saya jadi basi,





bila saya akan keluar dari mimpi ngeri ini? tiap hari berjaga-jaga, tiap gerak diperhatikan, aku perlu keluar dari kepompong ketakutan, tapi mereka bilang aku perlu bersabar, ya! aku sudah bersabar tapi aku juga sudah ketinggalan, ketinggalan dari semua.
yang mereka tinggalkan hanya sisa-sisa basi yang akan aku pungut kemudian nanti. menjadi gila itu mungkin lebih baik, malah lebih ditakutkan, stressnya tiada, makannya juga tidak perlu bersila, basi atau panas, asalkan boleh untuk besok dan besok.
melepaskan atau tidak.
mau saja aku hanyutkan tubuh ini, dan biarkan ia semakin reput dan membusuk,
dimakan sang anai-anai, hingga hilang tanpa berita arus perdana yang semakin kolot dengan politikus sialan.
sekolah yang belum habis mungkin aku lebih kelihatan BODOH, lebih rendah, malah mungkin lebih tiada apa-apa, kosong.
aku ingin menjadi orang yang menceriakan orang lain, tapi bukan selalu, kerana tanggungjawab ini masih tinggi.




dengan alasan sakit-sakit badan, hari cuti sendiri,memang iya, tp bukan rehat malah lebih parah.
sedikit tidur petang membuat malam ini terlepas dari mimpi, kerana mimpi hanya kosong, sekosong tin biskut kosong tanpa secebis biskut basi pun, mimpi hanya buat tidur jadi panjang.
kosong? ya, malam ini kosong, tanpa suara ekzos kereta rx7, tanpa bunyi ekzos motor milik adikku, tanpa bunyi ayam, anjing, muzik mahupun jam dinding, lebih santai aku bebaskan fikiran, mungkin malah sala satu cara melepaskan stress selain teriak ditepi lori balak yang penuh dengan muatan.
kosongkan semua malam ini, walau lusa aku perlu buat alasan lagi.
selamat malam.

Search